Di sini saya mewakili CY 2000 mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi membaca buku produk ini. Taniah diucapkan kepada anda atas pengenalan anda terhadap Siri Kecantikan CY 2000 iaitu ‘ SKIN GUARD ’. CY 2000 adalah sebuah syarikat yang begitu luar biasa di mana falsafahnya ialah keuntungan syarikat yang lebih rendah supaya dapat menggalakkan pembelian demi menghasilkan jumlah jualan yang lebih besar! Faedah untuk seluruh masyarakat! Pengurusan perniagaan jangka panjang! Slogannya ‘ Kualiti 6 Bintang......Harga Yang Berpatutan, Semua Mampu Beli ‘. Motonya ‘ Mudah! Cantik! Hebat! ‘. Dengan bangganya, saya memperkenalkan produk ‘ SKIN GUARD ‘ CY 2000 yang telah dihasilkan oleh bahagian R & D, di mana pengeluaran dan pemasaran produk adalah diperbuat oleh CY 2000 dengan sepenuhnya. Produk ‘SKIN GUARD’ CY 2000 menggunakan bahan mentah yang berkualiti dan 100% semulajadi. Kami berusaha sepenuhnya dengan pakar penyelidik dan pembekal luar negara untuk menghasilkan produk ‘SKIN GUARD’ yang semulajadi dan berkesan. Kos keseluruhan kami lebih menumpu kepada penggunaan bahanmentah yang lebih berkesan, mesra alam dan dihasilkan secara semulajadi. Dalam aspek pembungkusan, semua botol bersifat mesra alam, manakala penggunaan kotak dikecualikan supaya lebih mesra alam, dan kos terlibat itu dialihkan kepada bahan mentah. Oleh itu, jaminan kami kepada anda adalah produk berkualiti, dengan harga yang tiada saingan di dalam pasaran. Kesihatan merupakan kekayaan yang paling besar untuk manusia. Pelanggan - pelanggan CY 2000 bukan sahaja dapat membeli produk kesihatan yang berkualiti 6 bintang dengan harga berpatutan, malahan juga berpeluang menggunakan produk ‘SKIN GUARD’ yang tidak memudaratkan kulit. Faedah untuk seluruh masyarakat! Kami akan berusaha untuk menghasilkan lebih banyak lagi produk untuk penjagaan peribadi pada masa yang akan datang supaya anda dan keluarga dapat menikmati kecantikan semulajadi dan mengurangkan penggunaan bahan kimia yang beracun. Kami pasti anda akan mengguna dengan selamat dan gembira. Akhir sekali, dengan sepenuh hati, saya mengucapkan ribuan terima kasih, semoga anda dan keluarga sentiasa sihat sejahtera.